Monday, 23 January 2012

Untuk Awak Yang Tak Pernah Tahu...

notakuku : lao rasa bising, sila perlahankan volume lappy anda... ;p thankQ...


Assalamualaikum.
Hai awak... Saya tak tahu kenapa saya perlu buat entri baru untuk malam ni.
Saya ada baca satu entri dekat satu blog ni.  Dye jiwang-jiwang.  Saya suka dan saya sedih sangat.


Saya tak tahu kenapa waktu saya baca uh, saya rasa seakan saya ni kesunyian sangat.  Walaupun saya dikelilingi dgn ramai orang. *sengalkan saya??


Saya sunyi tanpa awak disisi..
Bila saya fikir-fikir balik, saya teringin nak berada disamping awak.  Nak tanya awak dah makan ke belum? Buat apa dalam satu hari ni?


Saya berharap sangat.  Bila sampai masa nanti, awak tahu yg saya menyimpan rasa terhadap awak. 
Walaupun kita berdua tak pernah kenal antara satu sama lain.


Mesti awak pelikkan? Coz saya bercerita pasal awak sedangkan saya tak kenal awak pun?


Bukannya apa, insyaAllah jikalau umur saya panjang dan awak tercipta sebagai jodoh saya.  Sudah tentu saya akan cerita segalanya apa yang saya rasa sekarang dekat awak...


Awak nak tahu?  Tiap-tiap malam saya berdoa agar awak muncul dalam mimpi saya.  
Tapi...  Sekali pun awak tak pernah muncul dalam mimpi saya.
Saya tak pernah menyesal kerana pernah mendoakan itu.


Untuk awak yang saya tak pernah kenal...
Saya dah mula sayangkan awak dan taknak awak pergi dari hidup saya.
Saya harap, saya mampu membahagiakan awak.
Ternyata saya bahagia dengan awak walaupun saya dan awak tidak mengenali.


Awak...
Saya tak tahu kenapa hingga kini saya tidak ditemukan dengan awak secara berdepan.
Kalau saya bertemu dengan awak.  Saya teringin sekali memeluk awak.
Saya yakin pada waktu itu kita dah ada ikatan yang sah.
Awak...
Saya rindukan awak...


Saya tahu...
Ada hikmahnya kenapa saya tidak dipertemukan dengan awak sejak dari awal.


Kalaulah awak tahu.
Saya teringin nak cium tangan awak.
Sebagai seorang suami saya.


Akhir sekali, saya nak minta maaf kerana tertaip entri ni.
Saya tak sengaja.
Mungkin ia lahir dari naluri saya.

Wassalam..


p/s : entri tertaip diatas kesilapan teknikal di dalam otak....SEKIAN....





Friday, 20 January 2012

Pilihan anda? Berkawan?

Assalamualaikum.

Kadang-kadang hidup berkawan ini ada baik dan buruknya.
Kadang-kadang hidup menyendiri dan berseorang pun ada baik dan buruknya.

Hidup berkawan kita perlu mengambil pelbagai risiko.
Kita perlu menjaga hati semua kawan yang kita ada..

Adakalanya kita berfikir, hidup berkawan akan membuatkan diri kita lalai dan hanyut...
Kita berfikir sebegitu kerana kita belum sehabis fikir mengenainya.

Contohnya : pabila kita melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi, kita akan memiliki banyak kawan.  Pada waktu itu, kita akan berfikir, tanpa mereka kita pasti akan sunyi, sepi...  Hanya kerana hidup berkawan, kita akan berjaya sebab mereka.  Mereka ada diwaktu kita susah dan senang.

Kita mempunyai risiko tinggi pabila mempunyai kawan.  Kita perlu menjaga hati mereka.  

Tetapi...

Sesungguhnya, setiap perkara itu ada batasnya.
Kita harus bijak memilih kawan.
Memilih kawan yang mampu membawa kita ke jalan yang benar.

Kawan memang banyak. Tetapi 1 antara 100 orang saja yang boleh faham apa kehendak kita yang ingin mereka penuhi.

Kadang-kadang kita harus sama-sama tempuhi perasaan serta sama-sama merasa susah bersama kawan-kawan.  Jangan pernah sekali-kali kita merungut jika diminta untuk memenuhi kehendak kawan.

Contohnya : pabila kawan ingin meminjam barang peribadi kita.  Kita akan bagi...  Gunalah sebaik mungkin.   Asalkan ia tidak membuatkan dia merasa serik untuk memberi pinjam.

Kepada peminjam juga, usahlah terlalu meminta-minta. Kurangkan kegiatan kalian itu.  Kerana sikap kalian itu akan membuat kawan kalian menyampah dan meluat serta ingin mengutuk kalian.  Walaupun mereka sedar kalian merupakan sahabat baik mereka.

Pada abad ini. Merupakan zaman globalisasi yang tiada bersempadan.  Orang akan meluahkan perasaan tidak berpuas hati dimana-mana sahaja.

Contoh : blog, facebook, twitter dan banyak lagi.

Kawan, sahabat dan teman...  Ia mempunyai definisi yang sama tetapi berlainan perkataan serta sebutan.
Jika kita cuba dalami serta dahami, ia tiada beza disebalik semua itu.

Kita ada otak, berfikirlah sebaik yang mungkin dalam memilih kawan.
Biarlah kita memilih di dalam berkawan, agar perbuatan kita tidak terlalu terikut-ikut oleh mereka yang tidak sepatutnya dijadikan kawan yang sejati.

p/s : aku bercerita mengikut persekitaran aku.  Kalian terasa? ini umum. Aku tak boleh halang. Lantak koranglah....




*entri takda kena mengena antara yang hidup ataupun yang sudah good bye-bye...

Wassalam...


Saturday, 7 January 2012

Apollo Food Industries

Assalamualaikum sume! *wajib jawab k..

Korang pe kabar babe?
Aku baik2 je...cuma kena jangkitan batuk sikit...

Btw, hari jumaat dua minggu lepas tahun 2011 hari tu.
Alhamdulillah dua keje sudah selamat dibereskan oleh  aku sebelum bercuti midterm.

  • 1st : presentation bel
  • 2nd : submit csc assignment

Memang agak kelam kabut la hari uh.
Tak cukup kaki n tangan aku dibuatnya.

Entri kali ni.
Aku nak story pasal presentation bel aku hari tu.
Aku dah pilih company Apollo Food Industries.

Aku begitu enjoy! HAHAHAHAHA

Sebelum ni kan aku penah ckp yg aku ade beli barang2 Apollo rite?

Ni haaa...

banyak an an an...

banyak lagi an an an...






Ok, aku seronok nak bercerita pasal soalan yg aku tanye kt diorang...



  • what is the name of our product that have round shape biscuit? *answer : Roka




tu je la soalan yg aku ingat.. Aku bagi 5 soalan, and mostly kena tukar soalan. Coz aku bg soalan onthespot, tak prepare pape pon...

Tapi soalan yg paling aku ingat sampai sekarang and yg paling cannot go..! ini....................


  • where i was borned?

    Nak tao? tak ramai yg tao kt mane aku lahir sbnarnye.....>_<




    Mase soalan kt atas di diutarakan,  mmg mendapat sambutan yang hangat ye from all my frenza!


    Ade yg jawab, JB, Gelang Patah...

    But, the right answer is...'MELAKA'!!!
    Yes! Finally ade sorang yg telah berjaya menjawabnya!!!



    *ini hadiah untuk awak.........



    ni gift untuk sesiapa yg berjaya jwb soalan...>_<



    Before I end this session,I would like to give all of you our new product... Apollo Layer Cake 'coffee flavor'...


    ni untuk kawan-kawan kelas... product terbaru 'coffee flavor'...*menipu je

    For our lecturer, aku bg ni...



    ni gift untuk miss..lecturer bel...
    ni la benda yg ada kt dalam paper beg td..



    So, korang...jangan lupe beli product kami ye.....:)

    Wassalam...


    p/s : masih terkenang-kenang jejaka bertshirt lengan panjang itu....<3
    *my bear...


    Tuesday, 3 January 2012

    Jika kembali, dialah orangnya...

    Pabila jiwa menyaksikan ketenangan.  
    Hati pasti turut mengikuti ketenangan yang abadi. 
    Pabila cinta disulami dengan keimanan.
    Cinta itu pasti suci sejati.

    Cinta tidaklah dicari, tetapi ia diberi oleh seseorang yang tulus ikhlas memberi.
    Keluhuran budi mentafsir mimpi yang pernah terjadi.
    Ohh, indah sekali mimpi itu.
    Zahir terucap, tetapi tidak pula pada bibir yang mulus.
    Hati berbicara, tetapi tidak pantas menghulurkan tangan demi keihlasan berkekalan.

    Kehidupan seperti layang-layang terbang bebas di kaki langit.
    Ada kalanya ditiup angin, dan ada kalanya tiada angin meniupi.
    Lelayang jatuh menyembah bumi.
    Kanak-kanak berlari mendapatkannya serta membaik pulih seperti sediakala.

    Meratapi kisah tragis yang penuh misteri.
    Makna tersembunyi di bait sakti.
    Membiar ia berlalu pergi.
    Mengelilingi bumi di alam fantasi.
    Malap lampu berdebu cahaya.
    Cahaya cinta kekal selamanya.
    Ia datang dan pergi.
    Jika kembali, dialah orangnya.

    NHR
    11.03-11.20 p.m.
    3/Januari/2012