Friday, 20 January 2012

Pilihan anda? Berkawan?

Assalamualaikum.

Kadang-kadang hidup berkawan ini ada baik dan buruknya.
Kadang-kadang hidup menyendiri dan berseorang pun ada baik dan buruknya.

Hidup berkawan kita perlu mengambil pelbagai risiko.
Kita perlu menjaga hati semua kawan yang kita ada..

Adakalanya kita berfikir, hidup berkawan akan membuatkan diri kita lalai dan hanyut...
Kita berfikir sebegitu kerana kita belum sehabis fikir mengenainya.

Contohnya : pabila kita melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi, kita akan memiliki banyak kawan.  Pada waktu itu, kita akan berfikir, tanpa mereka kita pasti akan sunyi, sepi...  Hanya kerana hidup berkawan, kita akan berjaya sebab mereka.  Mereka ada diwaktu kita susah dan senang.

Kita mempunyai risiko tinggi pabila mempunyai kawan.  Kita perlu menjaga hati mereka.  

Tetapi...

Sesungguhnya, setiap perkara itu ada batasnya.
Kita harus bijak memilih kawan.
Memilih kawan yang mampu membawa kita ke jalan yang benar.

Kawan memang banyak. Tetapi 1 antara 100 orang saja yang boleh faham apa kehendak kita yang ingin mereka penuhi.

Kadang-kadang kita harus sama-sama tempuhi perasaan serta sama-sama merasa susah bersama kawan-kawan.  Jangan pernah sekali-kali kita merungut jika diminta untuk memenuhi kehendak kawan.

Contohnya : pabila kawan ingin meminjam barang peribadi kita.  Kita akan bagi...  Gunalah sebaik mungkin.   Asalkan ia tidak membuatkan dia merasa serik untuk memberi pinjam.

Kepada peminjam juga, usahlah terlalu meminta-minta. Kurangkan kegiatan kalian itu.  Kerana sikap kalian itu akan membuat kawan kalian menyampah dan meluat serta ingin mengutuk kalian.  Walaupun mereka sedar kalian merupakan sahabat baik mereka.

Pada abad ini. Merupakan zaman globalisasi yang tiada bersempadan.  Orang akan meluahkan perasaan tidak berpuas hati dimana-mana sahaja.

Contoh : blog, facebook, twitter dan banyak lagi.

Kawan, sahabat dan teman...  Ia mempunyai definisi yang sama tetapi berlainan perkataan serta sebutan.
Jika kita cuba dalami serta dahami, ia tiada beza disebalik semua itu.

Kita ada otak, berfikirlah sebaik yang mungkin dalam memilih kawan.
Biarlah kita memilih di dalam berkawan, agar perbuatan kita tidak terlalu terikut-ikut oleh mereka yang tidak sepatutnya dijadikan kawan yang sejati.

p/s : aku bercerita mengikut persekitaran aku.  Kalian terasa? ini umum. Aku tak boleh halang. Lantak koranglah....




*entri takda kena mengena antara yang hidup ataupun yang sudah good bye-bye...

Wassalam...


No comments: