Monday, 23 January 2012

Untuk Awak Yang Tak Pernah Tahu...

notakuku : lao rasa bising, sila perlahankan volume lappy anda... ;p thankQ...


Assalamualaikum.
Hai awak... Saya tak tahu kenapa saya perlu buat entri baru untuk malam ni.
Saya ada baca satu entri dekat satu blog ni.  Dye jiwang-jiwang.  Saya suka dan saya sedih sangat.


Saya tak tahu kenapa waktu saya baca uh, saya rasa seakan saya ni kesunyian sangat.  Walaupun saya dikelilingi dgn ramai orang. *sengalkan saya??


Saya sunyi tanpa awak disisi..
Bila saya fikir-fikir balik, saya teringin nak berada disamping awak.  Nak tanya awak dah makan ke belum? Buat apa dalam satu hari ni?


Saya berharap sangat.  Bila sampai masa nanti, awak tahu yg saya menyimpan rasa terhadap awak. 
Walaupun kita berdua tak pernah kenal antara satu sama lain.


Mesti awak pelikkan? Coz saya bercerita pasal awak sedangkan saya tak kenal awak pun?


Bukannya apa, insyaAllah jikalau umur saya panjang dan awak tercipta sebagai jodoh saya.  Sudah tentu saya akan cerita segalanya apa yang saya rasa sekarang dekat awak...


Awak nak tahu?  Tiap-tiap malam saya berdoa agar awak muncul dalam mimpi saya.  
Tapi...  Sekali pun awak tak pernah muncul dalam mimpi saya.
Saya tak pernah menyesal kerana pernah mendoakan itu.


Untuk awak yang saya tak pernah kenal...
Saya dah mula sayangkan awak dan taknak awak pergi dari hidup saya.
Saya harap, saya mampu membahagiakan awak.
Ternyata saya bahagia dengan awak walaupun saya dan awak tidak mengenali.


Awak...
Saya tak tahu kenapa hingga kini saya tidak ditemukan dengan awak secara berdepan.
Kalau saya bertemu dengan awak.  Saya teringin sekali memeluk awak.
Saya yakin pada waktu itu kita dah ada ikatan yang sah.
Awak...
Saya rindukan awak...


Saya tahu...
Ada hikmahnya kenapa saya tidak dipertemukan dengan awak sejak dari awal.


Kalaulah awak tahu.
Saya teringin nak cium tangan awak.
Sebagai seorang suami saya.


Akhir sekali, saya nak minta maaf kerana tertaip entri ni.
Saya tak sengaja.
Mungkin ia lahir dari naluri saya.

Wassalam..


p/s : entri tertaip diatas kesilapan teknikal di dalam otak....SEKIAN....





No comments: