Wednesday, 1 February 2012

cerpen KASIH IKHLAS SEJATI...

Muhamad Razaly merupakan seorang anak yatim piatu.  Ibu dan ayahnya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya sewaktu Zaly berusia 15 tahun dan sejak daripada itu Zaly telah dibesarkan di rumah anak-anak yatim.  Setelah usianya mencecah 19 tahun, Zaly telah pun diterima oleh universiti tempatan bagi melanjutkan pelajarannya dalam Jurusan Pengurusan Harta Tanah.  Sepanjang tempoh pengajian, Zaly bekerja secara sambilan disebuah syarikat berhampiran yang  disarankan oleh seorang anak gadis pengurus syarikat itu.  Gadis itu tahu kehidupan sebenar Zaly dan memintanya bekerja di syarikat bapanya mengikut masa yang sesuai agar tidak menganggu pelajarannya.


                Nur Humairin binti Dato’ Razak merupakan pelajar satu universiti dengan Zaly yang mengambil Jurusan Undang-undang.  Zaly bekerja di syarikat bapanya hanyalah sekadar ingin mendapatkan wang tambahan bagi melangsaikan yuran di universiti selain wang daripada skim pinjaman yang telah diberikan.  Tetapi, apakan daya Nur Humairin atau lebih dikenali sebagai Rynn telah menawan hatinya untuk menjadikan Zaly sebagai kekasihnya.


                Zaly tidak dapat menolak bahawa kehadirannya di dalam hidup Rynn akan membawa bahana yang amat dahsyat.   Dimana ibu dan bapa Rynn menginginkan pasangan hidup Rynn asal-usulnya daripada keluarga yang dikenali serta berharta dimana ia mampu menyara dan memberi kebahagiaan kepada anak bongsu mereka itu.  Rynn sudah mengagak terlebih awal bahawa sesuatu akan terjadi iaitu ibu dan bapa Rynn tidak membenarkan Rynn mendekati Zaly lagi hanya kerana anak muda itu seorang yang miskin serta papa.


                Diketika usia Zaly mencecah 24 tahun, Zaly telah pun diijabkabulkan bersama Rynn kekasih hatinya.  Walaupun ibu bapa Rynn tidak merestui perkahwinannya dengan Zaly, mereka tetap melangsungkan majlis yang besar-besaran agar pangkat serta maruah mereka tidak dipandang serong oleh penduduk setempat.


                Setelah hampir 5 tahun perkahwinan mereka, barulah Zaly dan Rynn dikurniakan seorang putera sebagai pelengkap rumahtangga serta penyambung generasi yang telah diberi nama Muhammad Hyrul Halizfi.  Walaupun mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang comel, ibu serta bapa Rynn tetap tidak mahu merestui rumahtangga yang telah dibina oleh anak perempuan mereka itu.  Lebih teruk lagi, mereka tidak mengaku bahawa si kecil Hyrul itu cucu mereka.


                Zaly mempunyai seorang sahabat baik dan rapat sejak di universiti lagi iaitu Defy Anas atau lebih senang dipanggil Defy.  Defy merupakan seorang jejaka yang sangat kacak dan sering menjadi rebutan gadis-gadis jika nak dibandingkan dengan Zaly yang tiada apa-apa.  Walaupun begitu, Defy juga seorang yang bersederhana di dalam tingkah-laku mahupun tutur bicaranya dan masih lagi belum ketemu jodoh.  Dia lebih memfokuskan kerjayanya daripada hidup berkeluarga.  Dengan itu, Zaly sering berdoa kepada Allah agar sahabat baiknya itu cepat dikurniakan jodoh.


                Namun, pada suatu masa yang telah ditetapkan semua orang pasti akan kembali kepada Pencipta.  Zaly telah pun meninggal dunia akibat menderita barah otak yang telah terlewat untuk diubati.  Pada usia semuda 29 tahun dia telah diberi ujian yang maha hebat.


                Rynn yang diketika itu terkejut apabila mendengar berita itu terus bergegas dari wisma guamannya terus ke hospital.  Didalam perjalanan, Rynn tidak putus-putus berdoa agar Allah tabahkan hatinya dalam melalui detik-detik kehilangan insan yang dikasihi dan dicintainya.


                Lantas, tanpa disedari kereta yang dipandu oleh Rynn telah terbabas dan merempuh sebatang pokok Angsana yang berada di tepi jalan akibat cuba mengelak daripada melanggar dua penunggang motosikal yang menunggang dalam keadaan merbahaya.  Hidup dan ajal adalah ketentuan Allah.  Rynn telah pun meninggal dunia ditempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala serta di muka.


                Kini ternyata benarlah kata-kata dan harapan yang dianggap hanya sekadar gurauan Zaly kepada Defy yang pernah berpesan  agar menjaga anaknya, Hyrul jika dia tiada.


                Hyrul telah menjadi yatim piatu pada usia semuda 5 bulan.  Kini sudah menjadi tanggungjawab serta amanah Defy daripada Allahyarham Zaly menjaga dan mendidik Muhammad Hyrul Halizfi bin Muhamad Razaly.


                Defy masih lagi membujang walaupun usia telah mencecah 33 tahun dan diketika itu Hyrul telah pun berusia 3 tahun.  Defy berhasrat untuk mengahwini seorang wanita yang boleh menerima Hyrul dan menganggapnya sebagai anak mereka sendiri.  Apa yang pasti, Defy teringat kembali peristiwa pertama di mana dia telah mengajar Hyrul menyebut perkataan pertama untuk memanggilnya iaitu ‘Papa’.   Anak kecik itu menyebutnya semula dengan penuh syahdu sekali halwa telinga Defy mendengarnya. 


                Janji Allah memang benar.  Jika seseorang itu melakukan kebaikan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada anak yatim piatu seperti Hyrul akan mendapat balasan yang baik meskipun dia tidak pernah mengharapkan sebarang balasan.  Hendak dijadikan cerita setelah beberapa bulan kemudian, Defy telah bertaut pandangan dengan seorang gadis yang sungguh ayu di matanya serta perwatakannya yang sopan-santun serta sejuk mata memandang.  Tanpa berlengahkan masa, Defy mendekati gadis bertudung merah jambu itu untuk berkenalan dengan lebih rapat.


                Mungkin, agak terburu-buru tindakannya itu.  Tetapi kata hatinya menceritakan segalanya bahawa dialah insan yang diimpikan selama ini.  Apakan daya, Defy hanyalah manusia biasa yang sering dihasut oleh telunjuk yang meronta-ronta kerana terlalu inginkan wanita yang bernama Nur Haifa Laily binti Jazuli menjadi suri hidupnya.  Dalam pada masa yang sama beliau sanggup untuk bersama-sama menjaga Hyrul dan menganggapnya seperti anak mereka sendiri kelak apabila sudah berumah tangga.

TAMAT




p/s : cerita diatas tiada kena mengena. Ia hanya rekaan semata-mata. Bila aku buat? masa ni lepas aku SPM, takda keja.. Then berangan laa....*my first cerpen

2 comments:

I do I need Iman said...

serius boleh tahan :)

ada bakat. tapi bagi deboom lagi dgn kisah yg myayat hati. intonasi dah ade.

Diari Cinta Kita said...

HEHE...thankQ....insyaAllah...akan kasi deboom lg...:))