Saturday, 31 December 2011

NEW YEAR 2012... *such a awesome year...ea?

Assalamualaikum sume!

Aku kembali lagi... *mesti korang rindu aku an??

Tinggal lagi beberapa jam saja lagi akan menginjak ke tahun baru 2012.

Sedar tak sedar, dah setahun lebih aku menyinglekan diri aku...HAHA *shukewnyew

tak pecaye??? tengok ni....

click to enlarge


And dalam pada masa itu jugaklah jiwa aku banyak TERjatuh hati dkt insan bernama lelaki... *berangan

Bukannya apa, itu fitrah an.
Aku perempuan, and lelaki pon ade gak merasa perasaan itu.

Ape yg pasti, hati aku tetap untuk jejaka bertshirt lengan panjang tersebut....LOVE

Ok, kembali pada topik..
I would like to wish HAPPY NEW YEAR 2012 to all my frenza!


Kepada kawan-kawan, ape azam tahun baru korang ???






Maka dengan ini.
Aku terpanggil untuk bercerita tentang azam aku tahun 2012 ini.

  • Nak sempurnakan azam 2011 yg tak sampai.
  • Nak ganti puasa.  (buat2 paham k)
  • Nak hadiahkan ibu cd ZIKIR TERAPI DIRI artis HAFIZ HAMIDUN. (ok, aku minat bliau sejak aku darjah 6) *lao tak silap.
  • Nak belajar rajin-rajin!
  • Save duit ptptn. *ok, ini mmg tiap2 sem aku akan amalkan. Sampaikan naik sem baru, duit pt aku still ade RM 1500 daripada RM2500...aku tak boros ok!
  • Nak kurangkan berat badan n saiz peha n lengan.
  • Nak beli buku sudoku banyak-banyak.
  • Nak beli coklat banyak-banyak *aikk, td kata nk diet?
  • Nak amalkan makan yogurt setiap minggu 2x or 3x.




Then, aku akan sedaya upaya perbaiki diri serta akhlak aku dari semasa ke semasa.  Sesungguhnya, apa perkara yang kita buat tak kiralah baik ataupun buruk. Ia akan kembali kepada kita balik. Also known as 'karma' right!.

Kalau tak kena kt kita, mungkin akan kena pada anak-anak serta cucu cicit kita.
So, usah berfikiran terlalu singkat.  Nanti diri sendiri yang susah.

p/s : semua yg tertaip adalah nasihat untuk korang dan diri aku sendiri.

Akhir kata, aku harap kita semua dapat kecapi hidup yg lebih bahagia!

So, kita ENJOY!

Wassalam.

Friday, 30 December 2011

Kau Penyanyiku...

Assalamualaikum babe!
Pe kabau kepada semua sahabat-sahabat yg aku sayang! *yg aku kenal je
Cuti midterm sudah hampir melabuhkan tirainya.
Now, mulalah sesi yg penuh “ditunggu-tunggu”...WIKIKIKI~
Sesi yg amat busy!
Dah nak final dah. Alhamdulillah aku masih disini.
Sedar tak sedar...
Aku dah sem 4.
Dah besooo dah.
Sedar tak sedar jugak.
Berat dan saiz badan aku dah mula bertambah dan mengembang,,*OHNO!
Sedar tak sedar lagi sekali.
Aku dah betol-betol jatuh cinta pada sorang jejaka ‘youtube’.
Dye org singapore.
Ok, tak layak kot...>_<


Byk lagu dye cover utk channel youtube dye.
Suara dye...
Sumpah! Aku tergoder...
Dye? Cute vs comel...
Suka pakai baju tshirt lengan panjang.
Ok, dye sweet jugak.
Manis. Putih.
And one more thing, kecik je org nya...


Nak tao siapakah gerangan yg diperkatakan ini?
Biarlah ia menjadi rahsia. Wink3!


Aku penah share video dye kt fb aku.
Ade lah pada sekian waktu uh.
Aku tao korang tak alert bende uh sume.
Tapi ianya sungguh bermakna bagi aku.


For the last, aku nak dye sorang je nyanyikan satu lagu untuk aku....KAHKAHKAH *berangan ye kak.


Seriuzz! Sumpah aku minat gila kt dye!
Suara dye........ohno..i like it!
Video dye menjadi salah satu koleksi peribadi yg aku sayang.


And... Aku follow twitter dye oke! Atau lebih dikenali, aku salah seorang stalker twitter dye.. *tamo jelezzz
Tp dye jarang online....Y_Y *keciwee

For info : aku download tao video cover kt channel dye....>_<


p/s : semua lagu-lagu yg dye cover, dye nyanyi untuk aku... Untuk aku sorang je tao! >_<



Wednesday, 28 December 2011

Karma Untuk Kau Akan Tiba Nanti

Memang aku dah syak dari awal perempuan tersebut add aku.
Add fb aku.

Tapi aku tidak approve.
Coz, aku dapat rasa dye ada agenda tersendiri.

Rasa tidak puas hati mula menyelubungi diri.
Ye...
Memang salah aku pegi skod fb kau
Then aku sendiri rasa sedih pabila lihat sendiri apa yg telah terjadi.

Kaulah pemberi harapan yg cukup-cukup palsu pada aku.
Kaulah pemberi harapan yg paling tak guna!

Perempuan tersebut pasti gembira.
Gembira dapat memiliki seorang insan yg tak berhati perut.

Kau hilangkan diri.
Kau hilangkan diri kau dari pandangan aku.

FINE...
Kenapa kau tak hilang semasa awalnya lagi?
Kenapa perlu kau hilang disaat cinta sudah berputik?

Apa salah aku kau buat mcm tu?
Haa? Apa salah aku?

Aku mendiamkan diri bersebab.
Kerana kau tidak lagi menunaikan janji yg pernah kau ungkapkan.

Kau tipu aku.
Aku menyesal pernah mengenali kau
Menyesal sangat-sangat.

Kau pasti tengah berseronokkan?
Sedangkan aku.
Masih mencari-cari arah yang belum tentu pasti.

Kau perasan.
Yaa..kau perasan.

Aku ungkapkan ayat itu bukan untuk kau.
Tapi ianya untuk org lain.
Kau yg membuatkan diri kau aku lihat.

Aku tak tahu apa masalah kau pada waktu itu.
Aku akur...

Dan sekarang.
Kaulah insan kedua yg membuatkan aku tidak percayakan lelaki selain keluarga aku.

FULLSTOP!

Dunia Cinta Kasih

Asmaraloka menjadi saksi cinta
Dikala terbitnya fajar nan berseri
Askar tawanan berbakti sendiri
Bagi membuktikan cinta sejati

Pentas astakona beratap rumbia
Gemersik lilin memecahi sunyi cinta
Keteraturan penggilap sisir jendela
Aura kerinduan berlabuh tirainya
Pabila kasyaf menghuraikan segalanya

Bisa gunung disinari kartika
Tahun ke tahun menyelongkar waktu
Kedayan akur setia si raja sakti
Berkedip kelopak menepis segalanya
Terlentang jatuh bangun sendirinya

Kekalu menjadi santapan di dunia
Mengekang tali si kuda musuh
Kelabakan minda asuhan penjajah
Seperti kekili tercucuk di hidung hamba

Pabila kasih tidaklah sejati
Menginsafi diri terasinglah sayang
Nakhoda sepi keasmaraan melanda
Memperbantalkan titah si penjajah durjana



*Menceritakan seorang hamba yang cinta akan tanah air dan sanggup menuruti perintah dari pemerintah walaupun negara sedang dijajah oleh penjajah*



NHR
15/11/2011
12.14-12.51 p.m.







Asmaraloka : (Sanskrit) sastera lama alam percintaan, dunia cinta kasih
Astakona : segi lapan, sudut lapan atau segi banyak
Kasyaf : (bukan ahli sufi) penyingkapan rahsia alam ghaib melalui mata hati
Kartika : bintang, bintang tujuh
Kedayan : sastera lama pengiring, hamba
Kekalu : makanan seperti emping yg dibuat drpd padi muda (Pahang)
Mengekang : menyekat, menahan atau mencegah
Kelabakan : menggelepar-gelepar (spt ayam yg disembelih), kebingungan (spt org dlm kesusahan)
Kekili : lingkaran kecil rotan yg dicucukkan pd hidung kerbau
Keasmaraan :  jatuh cinta, dalam percintaan, kasmaran, asmara, cinta, berahi

p/s : sumber : Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (EDISI 4)



Tuesday, 27 December 2011

Ini Entri Gila Babeng Punya...




Aku kempunan sebuah lagu daripada someone nieh.....SEKIAN TERIMA KASIH...

Pelabuhan Luahan

Assalamualaikum semua!
Sorry aku menganggu masa istirehat u oLLz..

Aku pelik...
Kenapa ade orang yg berani and boleh luahkan isi hati dorang ek?
Kenapa aku tak boleh?

Kadang-kadang aku nak jadi seperti mereka yg berani.

Tapi bila difikir-fikirkan balik.
Mungkin ade hikmah disebalik apa yg aku rasa.

Best ke jadi seseorang yg mudah meluahkan perasaan suka?
Aku suka kt seseorang?
Yuppa2...ade...

Ofkos setiap manusia yg berjantina pasti ada menyimpan satu perasaan asing terhadap manusia yg berlainan jantina dengannya..

Tipulahkan lao xde satu pun perasaan asing itu.

Sesungguhnya, perasaan asing itu amat sukar dikendalikan.
Terutama pada insan yg berfikiran singkat.

Dorang sanggup berbuat apa saja untuk memenuhi hajat serta keinginan untuk memiliki di hati.

Aku harap sangat.
Aku tidak seperti itu.
Biarlah langkah seterusnya diterima oleh seorang insan yg bergelar suami utk aku....

InsyaAllah...

Thursday, 15 December 2011

Segalanya Untuk Dia... *Mr. O.....


Amacam? Cun tak beby baru aku ? *padahal dah usia 3 bulan...

Brand? Samsung Corby le babe!

Kenapa Corby?

Dah harganya murah.

Tu je yg aku mampu beLi..

Aku tak mampu nk pakai BLACKBERRY mcm korang....Y___Y

And aku tak heran pon dgn BLACKBERRY uh..

Just ade function utk call, mcj and amik gambar n video ckup dah bg aku...


Warna beby aku ni ekteLy Blacky + Pinky !

But, mase aku jalan-jalan dgn budak bilik tgok movie Ombak Rindu.

Aku pegi la satu kiosk henfon ni.

KebetuLan mase uh senior aku beli henfon baru kt kiosk uh.

Aku pun p gateyy mulut tanye ade tak cover pape je la utk beby aku ni, TETAPI kaler OYEN!

Tetibe.........

Jeng3!!!!

Adee babe!

Aku seakan mahu menitiskan ayer mater!

Teros tak pikir panjang dah..

Teros angkot!


Now, there are 3 combination at my beby.

Blacky + Pinky + Orengey......HAHA!

Pelikkan gabungan warna-warna tersebut?

for me..

Suka hati aku lah!

Aku sukee...



Akhirnya aku dapat laksanakan hajat aku untuk memiliki beby kaLer oyen!

Ok, sampai di sini saje..

Wassalam.....

Tuesday, 13 December 2011

Hey Ladies and Gentleman!

Assalamualaikum eberybuddy!!!!

Amacam?
StaiL tak bLog aku? ;ppp *perasan

Aku baru je make-up sikit my new beby niey..

Header?
StiLL same an?

Next time la aku make up header puLak ye..
Malas puLak .....;p

So, setakat disini je...

>__<

Wassalam~

Sales Girl

Assalamualaikum eberybuddy!

Hari ni merupakan sebuah hari yg penat ye kawan-kawan...

Kelas habis lebih kurang jam 7.30 p.m. td...

Apa yg berlaku daLam kelas BEL 312 td??
Miss dah bagi giLiran presentation company setiap sorang...

Aku dapat nombo brape?

Jap lg aku cerita ye...

Aku teLah memiLih company 'Apollo Food Industries'...
Company tersebut tersenarai didalam 'www.klse.com'...

Aku dah beLi barang2 apoLLo utk bawak g present..
Btw, ktorg kene present as a 'sales girl'.

Ape agaknye yg aku nak speaking kt depan uh agaknye??...=='

Okea...
BerbaLik pd cerita yg deLay kt atas td uh..
Aku dpt nombo bape?

taraaaaaaaaaaaaa!

Agak-agak nampak tak?
Sah korang buta lao tak nampak ape yg tercatat di daLam kertas tersebut! HAHA
giLiran ke 20 dari 24 org.....yahuuuuuuuuuuuuuuuuu!

So, wish me success k!

Wassalam~

Monday, 12 December 2011

Siap!

Pernantian  selama 45 minit akhirnya berakhir!
Siap jugak background aku yg hensem nie....

Header?
Lain kaLi laa aku 'make up' yeee.....>__<

So skrg?
Gua nak makan n bukak buku jap.

Btw, makanan yg aku beLi kt pasar maLam td aku tak makan lg..

'Takde seLera la nokkss'..
Gua pun taktao kenapa....Y__Y

K la, bubyeee...
Wassalam....

Sunday, 11 December 2011

Aku Jatuh Cintan Cintin Cintun.......

Assalamualaikum lahh semua!



Best tak tajuk entri aku kaLi ni?
Nak tao aku jatuh cintan cintin cintun dgn sape?

Aku jatuh dekat seorang Youtuber laaaa.....kahkah!
Korang selalu dengar org jatuh cinta dgn blogger je kan?


Tapi aku jatuh cinta dgn Youtuber nokss.....


Nama dye?

First time aku tertarik dgn video dye ....Sweet! Sempoi! 
Hensem pun package ade!



LMFAO - Sexy and I know it (Malay PARODY) - Aku seksi aku tahu







Joget dye tersangat seksi ! Ini serius!Tak percaye?
Tak reti-reti nak tengok ke??

Video-video dye yg membuat mata aku tertarik...
Antaranya :

I Stalk Your Profile Cover (Jazz Hayat)



Animal - Neon Trees Music Video (FanMade)


siLa focus dekat gigi dye! >__<


Bruno Mars - The Lazy Song cover by Akwa and Amar


ni pon sila focus kt gigi dye...HAHAH

so, korang jangan jeLes k! Dye aku punye....*sekali sekale bagi chan aku perasan takpe an...

Wikikiki~ Peace yow!

2nd entri...

Haa....nampak tak header aku yg sekarang nieh??

Just ade gambar je kan?

Tengok ni.....



Header bLog lame....


So, aku just nak edit urL bLog and nama bLog saje.....>___<

Daaaa........



Bunga LOVE Kumbang 2

Bunga kini sepi.  Setelah sekian lama bunga menanti, masih lagi tiada khabar berita dari sang kumbang.

Perginya kumbang, tanpa bunga di sisi.  Adakah baik-baik saja keadaan kumbang?  Urusan apakah yang melanda kumbang? Atau kumbang sengaja pergi meninggalkan bunga?

Bunga tiada lagi mekar.  Bunga semakin layu kerana tiada semangat dari kumbang.  Kumbang yang kacak serta penyayang.  Kini tiada lagi belaian darinya.

Bunga sedih di pangkuan tanah.  Sedih pilu amatlah terasa.  Kesepian dulu kini menjelma kembali.  Kumbang tiada, bunga kecewa.

Desiran angin sepoi-sepoi bahasa.  Masih terngiang-ngiang suara sang kumbang.  Bunga yang dahulunya dijadikan permata.  Tapi kini dibuang merata-rata.

Bunga tahu permata tiada nilai.  Cuma semasa kehendak untuk memiliki, tiada alasan jika mahukan ia dalam genggaman.

Bunga menoleh ke kiri.  Bunga menoleh ke kanan.  Bunga bermonolog di dalam hati.  “Biarlah bunga begini.  Pergilah kumbang usah kembali lagi.”

Bunga berjanji, bunga tidak akan mencari pengganti.

Yang Menyayangi Kumbang,
Bunga <3

NHR
1.47-2.05 p.m.
15/10/2011