Hari itu... Saat serta detik-detik indah itu tidak akan aku lupakan.
Sayang hadir? Itu kemungkinan hanya secebis rasa di dalam jiwa.
Aku terpana dek kata-katanya.
Manis bak madu. Pahit bak hempedu.
Saat rasa ini terpadam.
Aku sedar cinta tidak selalunya untuk memiliki.
Tapi ia sekadar sesuatu angan-angan kosong.
Yang akan hilang pabila dihembus angin bayu.
Kesibukan melanda diri.
Diri terabai. Naluri tersiksa.
Kadang kala terfikir.
Adakah dia akan menjadi milik kita selamanya??
Soalan terungkap tiada sebarang jawapan.
Kerana tiada siapa yang mengerti akan perasaan.
Perasaan yang sungguh asing sekali.
Ia bakal luput mengikut peredaran hembusan nafas.
Saat bergelak ketawa pabila terbaca.
Terbaca ungkapan yang tersangat indah.
Kini menjadi amukan di jiwa.
Ternyata perasaan tidak pernah berkemudi.
Apatah lagi dilayari.
Rasa yang tidak pernah terlintas ini.
Akan aku bawanya setakat di sini saja.
Tidak sanggup untuk menanggung pilu.
Jika ia bakal terhenti pabila tibanya penghujung waktu.
NHR
9/9/2011
1:39-1:46 a.m.
No comments:
Post a Comment