Sunday, 11 December 2011

Bunga LOVE Kumbang 2

Bunga kini sepi.  Setelah sekian lama bunga menanti, masih lagi tiada khabar berita dari sang kumbang.

Perginya kumbang, tanpa bunga di sisi.  Adakah baik-baik saja keadaan kumbang?  Urusan apakah yang melanda kumbang? Atau kumbang sengaja pergi meninggalkan bunga?

Bunga tiada lagi mekar.  Bunga semakin layu kerana tiada semangat dari kumbang.  Kumbang yang kacak serta penyayang.  Kini tiada lagi belaian darinya.

Bunga sedih di pangkuan tanah.  Sedih pilu amatlah terasa.  Kesepian dulu kini menjelma kembali.  Kumbang tiada, bunga kecewa.

Desiran angin sepoi-sepoi bahasa.  Masih terngiang-ngiang suara sang kumbang.  Bunga yang dahulunya dijadikan permata.  Tapi kini dibuang merata-rata.

Bunga tahu permata tiada nilai.  Cuma semasa kehendak untuk memiliki, tiada alasan jika mahukan ia dalam genggaman.

Bunga menoleh ke kiri.  Bunga menoleh ke kanan.  Bunga bermonolog di dalam hati.  “Biarlah bunga begini.  Pergilah kumbang usah kembali lagi.”

Bunga berjanji, bunga tidak akan mencari pengganti.

Yang Menyayangi Kumbang,
Bunga <3

NHR
1.47-2.05 p.m.
15/10/2011

No comments: