Aku si pencinta yang setia. Oh kasih yang ku rindui. Walau badai apa jua yang bakal melanda aku tetap akan berdiri teguh di samping mu. Menemanimu disaat kau terluka dek cinta yang lama. Pengalaman lamaku menjadi ikhtibar untuk kita berdua. Kau begitu sayang akan diriku. Tidak sekali dikau melukai hatiku. Aku terimamu disaat aku sedar akan kehadiranmu yang tulus untuk hidupku. Walaupun aku berasa adakah benar kasih sayang yang telah pun dikau curahkan ke atas diriku? Aku tetap akan mengujimu dengan kreativiti minda yang telah pun Tuhan kurniakan buat diriku. Hanya kerana coretan yang begitu asing untuk dikau dalami, aku telah disisihkan ke tepi. Wahai insan yang pernah hadir. Aku damba insan yang lain untuk terus hidup di dalam sekeping hatiku ini. Tapi bila? 
Wahai insan yang lain. Usahlah dikau terburu-buru. Hadkan kasih sayangmu untuk insan lain. Aku sedar siapalah diriku untuk menghalangimu daripada berbuat sedemikian. Terpulanglah wahai bakal si jantung hatiku. Jika aku sudah bersedia. Tunjukkan saja dirimu. Aku akan berusaha menilaimu dari perspektif yang lain pula. Usah gentar untuk menerima setiap cabaranku wahai kumbangku. Walhal, banyak lagi bunga-bunga indah yang masih mekar di jambangan boleh dijadikan pilihan hatimu. Tetapi dikau tetap mencariku walau apa jua yang terjadi. Dari situ, usah persalahkan ku jika aku cenderung mengujimu untuk memastikan dikaulah pilihan hatiku jua hatimu.
Aku si perindu yang setia. Jika semua itu telah kita berdua kecapi. Daku harap aku sudi untuk menerima keikhlasanmu untuk mengisi kekosongan yang amat gelap. Pikatlah hatiku sedaya yang mungkin agar aku bisa sanjung akan perbuatanmu itu. Wahai si pemikat yang setia. Aku berharapan agar cinta kita tidak hanya di dunia, tetapi kita bawanya hingga ke syurga. Cinta ke syurga adalah cinta yang abadi.
NHR
20/12/2010
10:36-11:03 p.m.
10:36-11:03 p.m.
No comments:
Post a Comment