Kesunyian yang tak dapat dibendung lagi.
Kegembiraan yang datang cuma seketika sahaja.
Kasih yang lama aku biarkan ia berlalu pergi.
Tetapi kekadang aku mengharapkan ia akan kembali semula.
Sisipan rindu yang hadir dalam diri.
Dipinta untuk sentiasa hadir di sisi.
Kenangan yang digores oleh masalah yang melanda.
Kian hilang dimamah hari hari yang mendatang.
Dua insan pernah bercinta.
Pernah berjanji akan sentiasa bersama.
Tapi apakan daya masa mencemburui.
Hilang sudah keikhlasan di hati.
Hati yang ikhlas memerlukan keinsafan.
Insaf dan mengerti terhadap apa yang diberikan.
Jiwa, hati serta sanubari.
Yang halus menuruti santun dan pekerti yang tinggi.
Kesedihan merintih dikala sunyi menerpa.
Tiada yang sudi mengisi.
Kasih di hati ini tiada siapa yang tahu.
Menunggu si manis berkata kata.
Jika ini ketetapan suratan.
Takdir ini aku terima.
Kehadiran insan yang dicari.
Hilang sudah dari pandangan mata.
NUR HUMAIRAH BINTI RAZAK
21/8/2011
2:17-2:45 p.m.
No comments:
Post a Comment