Bunga dan kumbang…Saling mencintai, saling berperasaan…
Kumbang seorang yang sangat setia terhadap bunga, begitu juga bunga.
Sang kumbang sanggup berbuat apa sahaja demi bunga, begitu juga seperti bunga.
Bunga dan kumbang melayari bahtera percintaan dengan bahagianya tanpa diganggu oleh sesiapa.
Bunga bisa mengeluarkan madu (senyuman okeaa ! ) yang sungguh manis bagi santapan sang kumbang.
Kumbang sangat bahagia pabila melihat bunga mengeluarkan sekuntum senyuman yang amat menusuk ke
kalbu.
Kumbang terpesona…<3
Bunga dan kumbang…
Tiada pernah perselisihan faham berlaku diantara mereka. Kerana mereka saling mempercayai antara satu sama lain.
Tiada pernah perlakuan curang yang ditunjukkan antara kumbang dan bunga.
Meskipun bunga dan kumbang tahu, perselisihan itu adalah salah satu masalah yang akan membuatkan mereka dapat mengenali pasangan masing-masing dengan lebih mendalam lagi…
Mereka tetap saling cinta-mencintai antara satu sama lain.
Bunga-bungaan serta kumbang-kumbangan lain tiada kisah di atas hubungan kumbang dan bunga…<kumbangan?? Hentam sajaaa laaa….>
Bunga berdoa penuh berharap…
Agar hubungan kasih sayang antara bunga dan kumbang akan kekal sampai bila-bila…
Biarlah tidur bunga tidak selena tidur sang kumbang, bunga akan tetap terus berbakti serta berjasa demi kumbang meskipun bunga tahu dan mengerti, kumbang menyayangi bunga sepenuh hati.
Bunga sedar, siapalah bunga untuk memaksa kumbang untuk mencintai bunga.
Biarlah cinta kumbang datang dengan sendirinya kepada bunga.
Biarlah cinta sang kumbang-kumbangan yang sebelum ini sering saja bunga tolak, kerana bunga tahu, kumbanglah yang berhak untuk memiliki bunga. <kumbangan lagi…..haiihhh ==’ >
Kumbang merupakan kumbang yang sangat berbeza di antara kumbang-kumbang yang lain. Justeru, bunga amat bersyukur kerana memiliki cinta sang kumbang.
Bunga juga bersyukur kerana dapat memberikan cinta bunga yang tulus ini hanya untuk sang kumbang… I love you, kumbangku…..<3
Yang ikhlas menyayangi kumbang:
Bunga…
NHR
10:47-11:15 p.m.
(16/5/2011)
No comments:
Post a Comment